Apabila Tukang Masak Membina Rumah Minang Kabau

Assalamualaikum,,

Setelah Gelombang Biru (GB) menyepi untuk tempoh yang agak lama, hari ini GB dengan izin ALLAH swt berjaya mengeluarkan pendirian GB berhubung isu yang pada hari ini cukup hangat di perkatakan iaitu berkenaan dengan Festival Fesyen Islamik (IFF).

Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti apa itu IFF. IFF atau Festival Fesyen Islamik merupakan satu pertunjukkan fesyen peringkat antarabangsa. Ia merupakan salah satu produk ber”kualiti” dari Malaysia. Setelah membuat sedikit kajian yang ringkas, GB mendapat tahu bahawa IFF ini sudah lama ditubuhkan. IFF ini telah diasaskan oleh Datuk Raja Rezza Shah

pada tahun 2006. Ini bermakna usia IFF sudah mencapai 4 tahun. Sudah pasti IFF menjadi rujukan kepada dunia mengenai busana Islam.

Tapi timbul ragu-ragu bagi GB, adakah IFF ini menujukkan ciri-ciri busana Islam yang sebenar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor

1)Pereka Fesyen

Antara nama-nama yang muncul setelah GB membuat kajian ialah Datuk Tom Abang Saufi. Sebahagian Rekaan Datuk Tom

Tom Abang Saufi(Tengah)

Bagi GB, pereka fesyen sekular tidak mempunyai kelayakan untuk memperagakan rekaannya di pertunjukan fesyen bertemakan ISLAM. Jika inilah pereka fesyen Islam yang dijaja oleh IFF, GB dengan senang hati mengatakan pihak penganjur IFF itu tidak mengunakan kelebihan yang membezakan Manusia dengan Haiwan. GB rasa tidak perlu untuk dipertikaikan kenapa. Lihat sahaja rekaan Tom Abg Saufi itu. Aurat yang amat dijaga oleh Agama Islam supaya ditutup dibiarkan terdedah.

Selain itu, antara pereka fesyen yang yang ialah Melinda Looi. Setelah meneliti beberapa laporan, GB mendapati Melinda Looi merupakan seorang yang amat berjaya dipersada fesyen. Dia telah menamatkan pengajiaan mengenai fesyen di La Salle School of Fashion, Montreal. Pertama sekali, sangkaan GB yang pertama ialah Melinda merupakan lulusan rekaan fesyen khas untuk orang Islam. Belajar mengenai apa itu aurat?, dimana aurat perempuan islam?. Rupa-rupanya sangkaan itu melesat sama sekali. Bagaimana mungkin seseorang yang tidak tahu apa itu aurat mampu untuk menutup aurat. Sedangkan masih ramai umat islam pada hari ini masih keliru berkenaan dengan aurat. Menurut pemikiran akal kita, jika orang islam pun tak faham aurat, apatah lagi orang bukan islam. Maka sekali lagi ingin GB tegaskan penganjur IFF tidak menggunakan kelebihan kurniaan Tuhan yang Maha Esa.

2)Model

Semasa berlangsungnya pertunjukkan fesyen di Monaco bulan 8 yang lalu, GB mendapati model-model yang digunakan tidak sedikit pun menutup aurat. Salah modelkah? pakaiankah? atau salah pereka pakaian tersebut? Untuk model, dia hanya dibayar untuk memperagakan ape yang suruh. Pakaian pula hanyalah satu helai kain yang dijahit dan dicantum dengan kain yang lain. Tidak sedikit pun pakaian tersebut mengarahkan pereka untuk mereka pakaian itu sebegitu rupa. Untuk pereka fesyen, mereka sememangnya hidup menyara hidup dengan mereka pakaian sebegitu. Sebagai contoh, tukang jahit pakaian tradisional cina tidak dapat menjahit pakaian tradisional india atau baju kemeja. Ini kerana mereka hanya belajar untuk menjahit pakaian tradisional cina.

Jika diperhatikan, model di sebelah kanan atas dan bawah sedang memperagakan pakaian yang sedia maklum haram di sisi syari’at Islam.

Sebagai konklusi, GB ingin berkongsi suatu analogi yang GB cuba kaitkan mengenai IFF ini ialah Kisah Tukang masak, dimana suatu hari, masyarakat kampung sebelah mendapat khabar berita bahawa tukang masak ini pandai membina Rumah ala-ala Minang kabau. Masyarakat kampung sebelah ini tidak pernah melihat rumah bercirikan Minang Kabau. Setelah siap, pasti masyarakat kampung menganggap hasil tangan tukang masak tersebut merupakan binaan yang betul sedangkan, jikalau masyarakat kampung  tersebut membuat sedikit kajian (Google la ) bentuk rumah tersebut, pasti akan terkejut beruk mendapati mereka telah ditipu oleh seseorang yang konon-kononnya mahir dengan ciri-ciri Minang Kabau..

Senang cerita IFF telah menipu masyarakat dunia khususnya golongan bukan islam mengenai cara berpakaian cara islam yang betul. Ini merupakan suatu fitnah kepada Dunia Islam.

 

Yang Benar:

Gelombang Biru

“Bersama Telusuri Kebenaran”

Advertisements

Barisan Nasional “Mendapat” Tempat Dihati Rakyat Kelantan

Dalam perjalanan untuk pulang ke Tronoh, Perak, GB berhenti untuk solat asar di sebuah masjid di Kelantan. Sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan masjid, mata GB terpandang satu banner. Kerana sifat yang ingin tahu begitu kuat, GB terus mengamati dan membaca tulisan keramat yang ada pada banner tersebut. GB merasakan perlu untuk berkongsi dengan semua orang mengenai banner ini. Lalu GB meminjam telefon N86 milik roomate GB. Terima Kasih kepada saudara Aiman kerana bagi pinjam telefon itu.

Kalau mengikut petikan “Rakyat Kelantan Bangga Dengan Mu”, GB berpendapat bahawa rakyat Kelantan begitu bangga kepada Awang Adek kerana pada PRU-12 yang lalu, Dialah yang dikatakan bakal menggantikan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kini Awang Adek dikenali sebagai Mantan CALON MB Kelantan dan juga RAJA JUDI Malaysia.

Arab Jahiliah = Melayu Jahiliah??

Pasangan remaja mengaku salah kebumikan mayat bayi

2010/05/18

MELAKA: Dua pelajar iaitu ibu bayi dan teman lelakinya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam Rabu lalu.

Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini dituduh bersama-sama melakukannya di antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.

//

Kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

//

Pelajar perempuan itu yang kelihatan menggigil di mahkamah, memakai dua lapis kemeja-T dan menutup mukanya dengan sehelai tuala manakala pelajar lelaki pula memakai kemeja-T berwarna cerah dan berseluar gelap.

Muhammad Safiuddin berada dalam kandang tertuduh manakala pelajar perempuan itu berada di luar kandang sewaktu jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Kedua-duanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin kepada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.
Ketika merayu ikat jamin itu dikurangkan, Muhammad Safiuddin memberitahu mahkamah dia ingin meneruskan pengajiannya dan juga meminta mahkamah memberi peluang kepadanya untuk berubah.

Manakala pelajar perempuan dalam rayuannya berkata, dia mahu meneruskan pelajarannya dan turut memberitahu ibunya seorang ibu tunggal.

Muhamad Faizal menetapkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun depan untuk laporan sosial dan laporan akhlak disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum dijatuhi hukuman.

Terdahulu wartawan dan jurugambar sudah berada di Mahkamah Majistret Alor Gajah sejak jam 8 pagi untuk liputan kes berkenaan sebelum dimaklumkan pada kira-kira jam 1 tengah hari bahawa kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini. – Bernama

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pasanganremajamengakusalahkebumikanmayatbayi/Article

Gelombangbiru:

Dunia ini ibarat roda, kejap diatas, kejap dibawah. Bila kita memperhatikan sirah2 Nabi Muhammad s.a.w, ketika sebelum kedatangan islam di tanah arab, masyarakat hidup dalam kegelapan. Gelap yang amat sehinggalah diturunkan seorang Nabi yang akan memberi rahmat keseluruh alam. Masyarakat Arab jahiliah merupakan satu kaum yang buruk akhlaknya. Mereka berjudi, mencuri, berzina, menipu, riba, bunuh anak, tilik nasib, dll. Itu kisah benar yang berlaku sebelum Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi Rasul.

Cuba kita lihat @reflect semua perilaku2 buruk masyarakat arab tersebut, boleh dikatakan setiap perbuatan Arab jahiliah telah pun berlaku di Dunia hari ini khusus nya di Malaysia sendiri. Judi, kerajaan dah menghalalkannya. Maka samalah kerajaan hari ini dengan kerajaan kafir Quraisy. Tipu dan riba pun dah berlambak2 juga. Dengan Skim Cepat Kaya dan macam2 skim2 yang lain. Kalau riba, tak payah cakap, bergunung-gunung. Ada yang sah, ada yang tak sah, contohnya bank conventional, syarikat pinjaman xxx (Ah long) dan macam2 lagi. Yang pinjam tu siapalah kalau bukan Orang Islam melayu. Zina dah berlambak2. Ikut statistik dari JPN, beribu anak luar nikah didaftar. Mak bapak budak bukan orang Kafir Quraisy tapi orang Islam melayu lagi. Itu yang daftar, yang tidak berdaftar @bunuh @buang pulak banyak lagi.Kita sekarang ni hidup saling tak tumpah macam orang Arab Jahiliah. Beza kita sekarang ni cuma teknologi dan ada perkataan Islam dalam i/c sahaja. Kalau dari segi cara hidup, tak dapat nak beza dengan orang Arab Jahiliah. Senang kira, mudah kata kita ini ialah orang MELAYU JAHILIAH.

Zaman Arab jahiliah bertukar kepada Zaman Islam selepas pembukaan kota mekah. Zaman itu ada Nabi, kalau zaman sekarang? Nak ikut siapa? Paderi Kristian @ Sami Hindu @Sami Buddha? Nabi s.a.w pernah bersabda, Ulama’ itu pewaris nabi. Tiada penawar kepada Kanser Akhlak ini kecuali Islam. Kempen2 @ cara2 yang diilham dari akal manusia tidak mampu untuk mengubati Penyakit ini. Apa guna kita ada kereta mewah, rumah besar dll nikmat duniawi jika akhlak kita hancur. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan akhlak yang hancur. kejayaan didunia tidak bererti berjaya di akhirat. Ilmu dunia sahaja tidak mampu menolong kita didalam kubur dan lepas dari azab Neraka ALLAH. Nauzubillah.

Ayuh kita kembali kepada ISLAM yang sebenar, bukan islam ciptaan manusia. Islam mengajar umatnya menjadi manusia yang baik akhlaknya. Tiada ajaran Islam menyuruh umatnya berbuat Kerosakan dimuka bumi ini. Ikutlah para Ulama’ nescaya kita akan gembira di Akhirat kelak.

Analisis P.212

Analisis Kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Sibu

Gelombangbiru:

Pertama-tama sekali  GB ingin mengucapkan Tahniah kepada PR dan Takziah kepada BN.

  • Kempen PRK sibu baru-baru ini begitu meriah. Dengan ceramahnya, kempen rumah ke rumah dan perbagai lagi cara yang digunakan oleh ketiga-tiga calon, maka keluarlah keputusan semalam. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari PRK ini.
  • Barisan Nasional harus sedar politik wang bukan lagi satu taktik yang bagus dalam meraih undi, lagi-lagi apabila berdepan dengan pengundi yang majoritinya adalah kaum cina. Tahun ini ialah tahun 2010 bukan lagi zaman 80-an @90-an. rakyat mulai sedar akan kekejian taktik ini. Maruah manusia bukan senang untuk dibeli. Bab kata TGNA, umpan makan tapi jangan mulut kena mata kail. Kalau nak tipu pengundi yang buta maklumat dan mudah terpedaya dengan wang memang inilah taktik yang paling hebat. Tapi itu zaman dulu, internet susah, maklumat pun dapat dari tv BN, akhbar BN. Taktik yang paling bagus untuk meraih undi rakyat ialah dengan KEADILAN dan KEJAYAAN memerintah negara. Bukan dengan Sogokan.
  • Masyarakat cina menolak BN jauh dari hidup mereka seperti yang dilakukan oleh Pengundi Hulu Selangor. Mungkin dimata masyarakat cina, BN ini sudah tidak lagi relevan terutama MCA semakin hari semakin ditolak oleh kaum sendiri. Jikalau Pola kebangkitan masyarakat cina ini terus merebak keseluruh tanah air, kemungkinan BN@ MCA akan “gulung tikar”.
  • PR semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Walaupun kalah di hulu selangor @menang tipis di Sibu, angka pengundi yang mengundi PR semakin bertambah.
  • Semasa kempen tengah hangat di sibu, di Wangsa Maju, seekor katak menetas lagi.Ini juga banyak berlaku setiap kali PRK. Sebenarnya, GB merasakan ini merupakan satu perkara yang bagus. Parasit-parasit ini harus angkat kaki dan berambus dari PR. Semakin kurang parasit, semakin sihat PR. Ini juga sama dengan apa yang berlaku di Ipoh Barat. Dikatakan hilang kepercayaan kepada PKR. Kalau ikut firasat GB, bukan hilang kepercayaan, tapi hilang projek.
  • Konsep 1Malaysia yang dikatakan telah diterima oleh rakyat malaysia dan kepercayaan rakyat kepada Najib satu tipu yang besar. Masakan konsep terima, parti di tolak. Pelik bin Ajaib.
  • Inilah kesan Penghalalan Judi, kekalahan kerusi P.212. Mungkin pada pandangan Najib, jika halalkan judi, masyarakat cina akan menyokong tapi Najib tidak nampak dengan berbuat demikian, seperti melabelkan masyarakat cina sebagai kaki judi.
  • Tagline “Undi DAP=undi PAS = Negara Islam” nampaknya jika betul tagline yang diuar-uar oleh BN @SUPP, maka ini merupakan satu perubahan yang positif bagi Malaysia. Dakwah yang dibawa oleh PAS menampakkan hasil dengan sokongan maysrakat bukan islam kepada penubuhan Negara Islam. Pandangan masyarakat bukan islam kepada islam mulai berubah. Islam dipandang baik oleh mereka. Bukan islam hadhari yang dibawa oleh BN tapi Islam yang sebenar.

Tahniah kepada PR Atas Kemenangan Di SIBU, P.212

DAP rampas kembali Sibu, bayangan benci Taib

Harakahdaily

SIBU, 16 Mei: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, hari ini. Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 37,919 atau 69.33 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar mengundi di 45 pusat pengundian.

Bilangan itu meningkat jika dibandingkan dengan 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.

Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.

Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.

“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26589:dap-rampas-kembali-sibu-bayangan-benci-taib&catid=1:utama&Itemid=50

Gelombangbiru:

Dikesempatan ini GB ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat terutama DAP, PAS & PKR kerana telah berjaya merampas satu lagi kerusi parlimen. Semakin lama semakin ramai MP yang betul-betul ingin membela nasib rakyat muncul di parlimen. Ini bertepatan dengan slogan”Jom Ubah” yang digunakan oleh PR untuk menawan hati dan kepercayaan rakyat. Rakyat sibu telah menunjukkan tauladan yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Tahniah untuk masyarakat disana.

Bagi PR, GB ingin mengingatkan supaya jangan merasa selamat dengan kemenangan di Sibu. Kemenangan di P.212 tidak bermakna PR akan menawan Putrajaya pada PRU 13. PR hendaklah meletakkan diri ditempat yang tidak selesa. Kalah di Hulu Selangor pun muhasabah, Menang di sibu pun muhasabah. Inilah yang akan sentiasa menguatkan PR.  Sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan Rakyat.

15 May, Last Day Of Campaign in P.212

Last Day – Najib, Anwar at final campaign rallies

//

The appearance of Najib Abdul Razak and Anwar Ibrahim on the last day of campaigning for P P212 signals tomorrow’s voting may be close.

//

6-8am: DAP candidate Wong Ho Leng at Sunday market near DAP Sibu HQ.

8.30-11am: Wong Ho Leng walkabout at Central Market (food stalls).

10am-5pm: Lim Guan Eng boat trip visit to Sg Pinang, Kg Bungan Kecil/Besar, Sg Rassau Longhouses with Anwar Ibrahim.

11.36am: Anthony Loke in a Twitter message claims that all speedboats in Sibu have been booked in order to deliver money to longhouses this evening. “Going rate is RM600 per door!” says the Rasah MP.

karpal singh, lim kit siang and hadi awang sibu by-election11.45am: DAP advisor Lim Kit Siang maintains the party’s odds at 49 to 51 in favour of BN, due to what he claimed was continued pressure from Prime Minister Najib Abdul Razak and the BN.

“With Najib coming back here tonight, it shows the intense pressure they are putting on the Chinese, Iban and Melanau voters.

“They even went so far to block our party workers from entering longhouses last night,” he said at their daily press conference this morning.

Also present were DAP national chairman Karpal Singh, PAS president Abdul Hadi Awang and PAS secretary-general Mustafa Ali.

NONE1.17pm: SUPP Sibu branch information chief Daniel Ngieng (left) responds to Loke’s claims on Twitter by urging DAP to lodge a police report on the matter if he was serious about his allegation.

“We also can say they (DAP) gives money. Everytime there are such allegations, if they have evidence, we ask them to make a police report.”

4-7pm: Wong Ho Leng goes on walkabout at Bahagia Jaya.

5.45pm: Tony Pua reveals that DAP today face obstacles in entering longhouse areas. Their campaigners were threatened in Sg Sebedil, Rassau, and blocked from going into Penansu and Tanjong Bekakap.

According to Pua, Thomas Su, who led the team to Sg Sebedil, was threatened by BN supporters in full view of the police and Election Commission officers.

“They even warned Thomas Su not to set foot in the polling station there tomorrow, while the EC and police did nothing.”

In Penansu, which is a BN stronghold, the DAP campaign team led by Tan Kok Wai was also blocked from entering the longhouse, although they have rented a room there as the party’s operation centre.

“We are forced to cancel our function in Penansu this evening,” he lamented. DAP campaigners were also turned away in Tanjong Bekakap.

In addition, DAP was forced to hire boats from Sarikei for Anwar Ibrahim’s visit to the longhouses today because BN has booked all the locally available boats.

“The boats cost RM1,000-plus each.”

5-7pm: Lim Guan Eng attends fellowship programme with Christians, 3rd Floor, Paramount Hotel.

sibu by election final rally dap crowd7pm: ‘Super Saturday’ grand ceramah by Wong Ho Leng opposite of Paramount Hotel. Among those present at this final Pakatan rally are PKR de facto leader Anwar Ibrahim, DAP supremo Lim Kit Siang and PAS president Abdul Hadi Awang.

About 60 Pakatan MPs are attending the gathering, which DAP officials say is expected to draw 10,000 people. Sor far, about 2,000 have gathered to listen to warm-up speakers.

7.30pm: Chiew Chin Sing (DAP-Kidurong) stressed that tomorrow’s Sibu by-election will be the prelude to the next state elections and hope that the people can vote for change.

sibu by election final rally dap leaders on stage“We don’t want a corrupt government of Pek Moh (white hair, referring to Chief Minister Abdul Taib Mahmud). We want a good government.”

Sibu DAP leaders lead the crowd to sing party election campaign song and chant “Vote for change, vote for DAP”.

7.30pm: PM Najib Abdul Razak arrives in Sibu, his third visit for this by-election.

7.35pm: Najib and his motorcade leaves his first stop – the BN ceramah at the Chinese-majority Rejang Park – as soon as he got there.

No reason is given, but talk is that he will return when the crowd gets bigger. The crowd is estimated at around 500 people at present.

8.10pm: Najib comes back to Rejang Park, a DAP stronghold, in the middle of candidate BN candidate Robert Lau Jr’s speech. Three cheers of “Satu Malaysia” are met with rather muted response. The crowd has grown to about 700 people.

sibu by election final rally dap crowd8.20pm BN ceramah in Rejang Park grows to about 1,000 people,
attracting all sorts including a lady selling copies of 4D gambling
results for today. As Robert Lau continues with his speech, the lady calls out “totooo, totooo”, getting some buyers as she moves around.

8.25pm: Najib takes to the stage, finally getting the crowd to respond when he said “salam yi ge malai sia” in Mandarin (salam 1Malaysia).

8.30am: At the DAP ceramah, the crowd has ballooned to 10,000. The parking lot opposite the Paramount Hotel is now filled with a sea of people. So too are two lanes of the main road. MP Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) leads the crowd to shout “Pek Moh xia tai” (white hair step down) three times.

sibu by election final rally dap lights turned off stageA man wearing a PPB T-shirt appears at the scene to pressure the cafe owner to cut off electricity supply to the stage. After Chong has completed his speech, the light at the stage has been turned off (right).

8.50pm: Najib declares SUPP candidate Robert Lau Jr as the BN’s “fighting cock”.

“He is our young fighting cock. He can work anywhere in the world, but he told me that Sibu has been good to his family.

“He said they owe a debt to Sibu, and that is why he is offering
himself as candidate for Sibu.

“I stand by Robert Lau Jr and no one else. When he stands, he speaks for Sibu and he has my ear as prime minister,” he said.

Najib promises to sign a cheque of RM5 million to resolve flood
woes in Rejang Park if BN candidate Robert Lau wins.

“Let’s make a deal. If you deliver me Robert Lau Jr on Sunday, I will
sign the cheque on Monday,” he said to a spirited response from the
1,000-odd crowd.

8.55pm: Lights at the DAP ceramah opposite of Paramount Hotel are back on. It was switched off by the cafe owner who was urged by man who appeared to be a BN supporter about 20 minutes ago.

9.05pm: Najib arrives at the Sibu Gateway to attend a concert for Sibu residents.

Draped around the landmark square are banners saying “Terima Kasih PM, Kerana Menolong Rakyat Sibu” (Thank You PM, for Helping the People of Sibu) and “PM, You are the Best”.

A crowd of about 3,000 are present, and they are listening to ‘golden voice’ Jamal Abdillah.

9.20am: At the DAP ceramah outside Paramount Hotel, party supremo Lim Kit Siang takes the stage. He says money is coming to town like water.

“In 2008, there was great flood in Sibu. Today, there is also great flood in the town.

“Just now, Najib annouces RM5 million for flood mitigation project, but with the condition that BN wins.”

The crowd jeers.

Kit Siang: Can you accept?

Crowd: No!

“We should tell him if you cannot solve the flood problem in next 24 to 48 months, then he should retired. In the 13th general elections, let us make Najib the opposition leader.”

9.40pm: It begins raining in parts of Sibu. At the DAP ceramah, many unfurl their umbrellas and stay put.

9.45pm: PAS president Abdul Hadi Awang takes the podium. He calls for the people to reject the ‘politics of development’.

“Negara sudah merdeka 47 tahun, kenapa sampai sekarang baru bawa pelbagai project?”

9.53pm: Najib gets a much better response from 3,000 strong mostly Melanau/Malay crowd gathered for a concert and meet-the-people session at Sibu Gateway.

He attacks the Pakatan for “lying” to the people, citing the Sept 16, 2008 promise by Anwar Ibrahim that he would take over the federal government.

He added that Wangsa Maju MP Wee Choo Keong’s recent departure from the opposition proved the Pakatan is fragmenting.

“Are you fools?” he asked, with the crowd shouting ‘no’.

10.15pm: PM’s wife Rosmah Mansor takes to the stage to sing a Teresa Teng song (‘The moon represents my heart’) at the concert and meet-the-people session at the Sibu Gateway.

“My husband is a politician so he’s good at talking politics. I’m no politician, so I’ll sing to help our candidate Robert Lau Jr,” she tells the crowd.

10.20pm: Sibu-based logging and media giant Rimbunan Hijau celebrates its 35th anniversary at the RH Hotel tonight. There is a display of fireworks at three locations in the city centre.

The fireworks show temporarily distracts the crowd. However, MP Nga Kor Ming (DAP-Taiping), a local favourite as he could speak the Foochow dialect, quips that Rimbunan Hijau is already celebrating a DAP victory.

He invites all DAP leaders to come on stage to sing the party’s election theme song ‘Change’ for the third time in Bahasa Malaysia as the fireworks explode in the Sibu night sky.

10.29pm:
Najib leaves the Sibu Gateway after his wife Rosmah finishes singing two songs. He is headed for his third and last stop at Kampung Hilir before returning to Kuala Lumpur.

10.55pm: The main draw to tonight’s DAP final campaign rally, PKR leader Anwar takes the stage. “I just came from the Iban area, and I could see that they are warming up to Pakatan.

“It’s true that the Iban traditionally support BN, but after they see that their land is taken away, they now want BN out.

“They said land is their life. The government and its crony companies, by taking away their land, are taking their ‘life’.”

11.30pm: PM returns to Kuala Lumpur.

Source: http://www.malaysiakini.com/news/131863

Tahniah kerana Mengundang Bala ALLAH!!

Kerajaan lulus judi bola sepak Piala Dunia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.

Gelombang Biru: Saya begitu terkejut dan sedih selepas mendengar berita yang

Berjaya Group sudah memperoleh LESEN judi. Lesen yang diberikan oleh seorang pemerintah islam yang juga Menteri kewangan iaitu NAJIB. Seperti yang kita maklum,

SPORT TOTO merupakan anak syarikat BERJAYA Group. Sport Toto bukan jual nasi @karpet @biskut. Sport Toto tu kedai JUDI. Ulang, Kedai JUDI. Keuntungan BERJAYA Group dijangka meningkat sebanyak 10.4% selepas memperoleh lesen JUDI BOLA ini.(http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=497611).

Dikesempatan ini Gelombang Biru ingin mengucapkan setinggi-tinggi TANIAH kepada penyokong UMNO@BN. Kerana tanpa mu pasti UMNO tidak akan dapat memerintah negara sekali gus MENGHALALkan JUDI. Di akhirat nanti jangan lupa mintak ‘share’ dari UMNO. Anda memang layak untuk menerima IMBUHAN DOSA itu. Semoga dengan IMBUHAN JUDI ia dapat menjadi TIKET EKSPRESS di Padang Masyar nanti.

Soal HALAL/HARAM ini merupakan soal akidah. Bukan soal makan BABI @ mencuri SAHAJA. Tapi apakah AKIDAH itu benar?Apa AKIDAH itu macam BOLA? Boleh main sepak2, main tendang2? Apa AKIDAH itu macam lalang? Bergerak mengikut angin?KEJAP kanan KEJAP kiri. Apakah ini Akidah yang ingin dibawa melalui konsep ISLAM HADHARI @ gagasan 1 MALAYSIA?

INILAH realiti NEGARA MALAYSIA yang dianggap NEGARA ISLAM. Negara yang diperintah oleh UMNO@BN yang mendapat telunjuk dari APCO.

“Ya ALLAH, bukalah pintu hati kami dan pemimpin kami. Masukkanlah kedalam hati kami dan pemimpin kami HIDAYAH dan tunjukkan kami dan pemimpin kami jalan YANG LURUS, iaitu jalan orang2 yang telah ENGKAU beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang diMURKAi, dan bukan pula jalan mereka yang SESAT. Amin”