Apabila Tukang Masak Membina Rumah Minang Kabau

Assalamualaikum,,

Setelah Gelombang Biru (GB) menyepi untuk tempoh yang agak lama, hari ini GB dengan izin ALLAH swt berjaya mengeluarkan pendirian GB berhubung isu yang pada hari ini cukup hangat di perkatakan iaitu berkenaan dengan Festival Fesyen Islamik (IFF).

Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti apa itu IFF. IFF atau Festival Fesyen Islamik merupakan satu pertunjukkan fesyen peringkat antarabangsa. Ia merupakan salah satu produk ber”kualiti” dari Malaysia. Setelah membuat sedikit kajian yang ringkas, GB mendapat tahu bahawa IFF ini sudah lama ditubuhkan. IFF ini telah diasaskan oleh Datuk Raja Rezza Shah

pada tahun 2006. Ini bermakna usia IFF sudah mencapai 4 tahun. Sudah pasti IFF menjadi rujukan kepada dunia mengenai busana Islam.

Tapi timbul ragu-ragu bagi GB, adakah IFF ini menujukkan ciri-ciri busana Islam yang sebenar. Ini disebabkan oleh beberapa faktor

1)Pereka Fesyen

Antara nama-nama yang muncul setelah GB membuat kajian ialah Datuk Tom Abang Saufi. Sebahagian Rekaan Datuk Tom

Tom Abang Saufi(Tengah)

Bagi GB, pereka fesyen sekular tidak mempunyai kelayakan untuk memperagakan rekaannya di pertunjukan fesyen bertemakan ISLAM. Jika inilah pereka fesyen Islam yang dijaja oleh IFF, GB dengan senang hati mengatakan pihak penganjur IFF itu tidak mengunakan kelebihan yang membezakan Manusia dengan Haiwan. GB rasa tidak perlu untuk dipertikaikan kenapa. Lihat sahaja rekaan Tom Abg Saufi itu. Aurat yang amat dijaga oleh Agama Islam supaya ditutup dibiarkan terdedah.

Selain itu, antara pereka fesyen yang yang ialah Melinda Looi. Setelah meneliti beberapa laporan, GB mendapati Melinda Looi merupakan seorang yang amat berjaya dipersada fesyen. Dia telah menamatkan pengajiaan mengenai fesyen di La Salle School of Fashion, Montreal. Pertama sekali, sangkaan GB yang pertama ialah Melinda merupakan lulusan rekaan fesyen khas untuk orang Islam. Belajar mengenai apa itu aurat?, dimana aurat perempuan islam?. Rupa-rupanya sangkaan itu melesat sama sekali. Bagaimana mungkin seseorang yang tidak tahu apa itu aurat mampu untuk menutup aurat. Sedangkan masih ramai umat islam pada hari ini masih keliru berkenaan dengan aurat. Menurut pemikiran akal kita, jika orang islam pun tak faham aurat, apatah lagi orang bukan islam. Maka sekali lagi ingin GB tegaskan penganjur IFF tidak menggunakan kelebihan kurniaan Tuhan yang Maha Esa.

2)Model

Semasa berlangsungnya pertunjukkan fesyen di Monaco bulan 8 yang lalu, GB mendapati model-model yang digunakan tidak sedikit pun menutup aurat. Salah modelkah? pakaiankah? atau salah pereka pakaian tersebut? Untuk model, dia hanya dibayar untuk memperagakan ape yang suruh. Pakaian pula hanyalah satu helai kain yang dijahit dan dicantum dengan kain yang lain. Tidak sedikit pun pakaian tersebut mengarahkan pereka untuk mereka pakaian itu sebegitu rupa. Untuk pereka fesyen, mereka sememangnya hidup menyara hidup dengan mereka pakaian sebegitu. Sebagai contoh, tukang jahit pakaian tradisional cina tidak dapat menjahit pakaian tradisional india atau baju kemeja. Ini kerana mereka hanya belajar untuk menjahit pakaian tradisional cina.

Jika diperhatikan, model di sebelah kanan atas dan bawah sedang memperagakan pakaian yang sedia maklum haram di sisi syari’at Islam.

Sebagai konklusi, GB ingin berkongsi suatu analogi yang GB cuba kaitkan mengenai IFF ini ialah Kisah Tukang masak, dimana suatu hari, masyarakat kampung sebelah mendapat khabar berita bahawa tukang masak ini pandai membina Rumah ala-ala Minang kabau. Masyarakat kampung sebelah ini tidak pernah melihat rumah bercirikan Minang Kabau. Setelah siap, pasti masyarakat kampung menganggap hasil tangan tukang masak tersebut merupakan binaan yang betul sedangkan, jikalau masyarakat kampung  tersebut membuat sedikit kajian (Google la ) bentuk rumah tersebut, pasti akan terkejut beruk mendapati mereka telah ditipu oleh seseorang yang konon-kononnya mahir dengan ciri-ciri Minang Kabau..

Senang cerita IFF telah menipu masyarakat dunia khususnya golongan bukan islam mengenai cara berpakaian cara islam yang betul. Ini merupakan suatu fitnah kepada Dunia Islam.

 

Yang Benar:

Gelombang Biru

“Bersama Telusuri Kebenaran”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: